Facebook Group : Diploma In Computer Science Perak
E-mail: diskperak@gmail.com
Twitter: @DiSK_Perak

Wednesday, April 18, 2012

OPKIM 2012

Assalamualaikum !
Sorry sekali lagi lambat update , ingatkan dah cerita pasal OPKIM ni .

25 - 26 Februari yang lepas ..
Seramai ** orang menyertai Operasi Khidmat Masyarakat [OPKIM] ini yang bertempat di Darul Hikmah , Gopeng .
Lokasinya agak tersorok sikit , berhadapan dengan paya dan berdekatan dengan gerak Mee Kari Ami .

Sesampainya di sana , kami semua bahagikan kumpulan .
Ada 6 kumpulan semuanya , setiap kumpulan ada 6 fasilitator .

So , aktiviti pertama ialah ice breaking .
Hehe setiap kumpulan akan berkenalan dengan ahli masing-masing .
Ada je beberapa orang budak yang agak pasif tapi masih boleh dikawal .
Sementara tu , beberapa fasi lain sediakan keperluan untuk aktiviti seterusnya .

Lepas ice breaking , semua keluar untuk aktiviti seterusnya iaitu Explorace .
Baru je berapa minit start , hujan turun plak .
Hihi so kita buat aktiviti lain iaitu origami .
Eh , berbakat juga adik-adik kita tu haa .
Fasi pun kalah , hehe .

Hee lepas tu kami berehat sekejap , solat and makan dulu .

Okayy , memang tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya semua orang masa tu .

Day 2 :

Awal pagi tu semua semangat senamrobik .
Mula-mula tu buat chicken dance then poco-poco .
Tapi poco-poco tu sekejap je sebab tak semua orang tau .
"Siapa nak chicken dance lagi say heyyy"
Haha , memang tak akan lupa , hihi .

Then semua keluar main explorace lagi , hihi .
Kali ni best sangat-sangat .
Terharu tengok wajah adik-adik kita tu ceria .
Yang pasif pun , last-last kemain lagi .
Err , last-last tu ada yang kena mandi tepung dengan air .
Okay orang yang kena tu memang sporting , haha puji diri sendiri .
-,-

Okay masa balik tu , semua sedih .
Ada yang hampir menangis .
Tergambar lahh kesedihan dekat muka diorang tu .

Tak apalahh adik-adik lain masa kami datang lagi okay ?
Adik-adik semua kena belajar sungguh-sungguh .
*Bajet macam diorang baca kan , hihi .

Marilah kita ramai-ramai berdoa supaya adik-adik kita tu diberi kesihatan tubuh badan yang baik , akal yang cerdas dan menjadi orang yang berguna pada masa akan datang . Sedekahkan al-Fatihah buat ibubapa adik-adik kita yang dah meninggal dunia .

Al-Fatihah .


So , macam biasa siapa nak gambar boleh minta dekat Naqiu .
Assalamualaikum !

Okay , ni semua penghuni Darul Hikmah dan fasi-fasi kesayangan

Ni semua fasi / pelajar DiSK dan lecturer yang terlibat

0 comments: